Ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di Majlis Pelancaran DKN2030
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini ...
Episode 4ALOR GAJAH, – Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff berhasrat menjadikan Alor Gajah sebagai sebuah daerah pertanian di bawah pelan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu berkata beliau yakin perkara tersebut mampu dicapai menerusi kaedah pertanian pintar yang berupaya menghasilkan hasil pertanian lebih berkualiti dan banyak.
“Selain itu, kita akan bekerjasama dengan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan pihak swasta untuk membawa pertanian pintar secara berskala besar ke kawasan ini.
“Ini peluang yang amat besar kepada masyarakat Alor Gajah untuk meningkatkan taraf hidup mereka selaras dengan hasrat kerajaan merapatkan jurang pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pertanian Lestari Parlimen Alor Gajah di Felcra Bukit Sedanan di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 300 pekebun menerima sumbangan baja dan kit makanan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mohd Redzuan juga berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa peserta yang berminat mengaplikasikan kaedah ini menggunakan teknologi pembajaan secara pintar untuk menguruskan ladang dan kebun mereka dengan lebih berkesan.
Katanya walaupun kebun yang diusahakan hanyalah 0.1 hektar namun pekebun mampu menjana hasil sehingga RM500,000 jika mengaplikasikan kaedah pertanian pintar sebagaimana yang sering dilakukan pekebun di Taiwan.
-Admin
Leave A Reply
You must be logged in to post a comment.